Thursday, December 16, 2010

Sentuhan kecundang..

Salam..

Lately ni ujan.. Kadang kala dr pagi.. Kengkadang petang jek. Ujung tahun mmg mcm tu kan..

Ari ni, mmg letey ngat ase.. Ngan keje nk keja dateline. Ase mcm nk putus asa jek td bile de perkara yg xdiingini berlaku. Tp aku cuba kuatkan semangat..

Smlm semalaman aku menangis. Aku xtahu ape yg sbnrnya yang berlegar di pala otak aku ni. Segalanye menari dpn mata. Consume a lot of caffein agaknya. So otak weng jab.

Perjuangan yg satu ni aku cube teruskan. Memandangkan perjuangan aku yg laen npk mcm sesamar.. Letey ngan keadaan. Byk perkara negatif yg menggugat kekuatan akhir2 ni..

Xde pe yg aku nk tulis g.. Aku berundur diri dulu. Kepala da terlalu berat. N mata semakin layu..

Selamat mlm..

Sunday, November 7, 2010

Jgn..

Salam..

Terlalu lama meninggalkan blog ini.. 2 bln lebey asenye.. Hmm.. Terlalu celaru ngan keje & peribadi, hgga tiada ruang utk menulis..

Beberapa perkara telah berlaku dlm sebulan 2 ini. Ada pahit, ada manis. Ada yg memberi kesan mendalam dlm hidup. Tp life goes on..

Cume irene berharap, hari mendatang akan semakin cerah. Xtertahan asenye hati bile acap kali ditoreh oleh keadaan. Keluarga, kerja, tiada yang selesai. Sahabat, itu pengubat luka.. Tp ada juga yang tidak bersenang hati.

Tp yg ingin irene luahkan di sini. Irene tidak bermohon simpati. Apa yg irene lakukan selama ini, dr hati irene. Irene tidak harapkan balasan. Jika mahu, ucapkan terima kasih, bkn melukakan hati irene. Simpati ialah perkara terakhir yg irene mahu.

Tiada apa lg yg ingin irene luahkan. Irene tetap di sini. Tidak berganjak. Tidak berjalan. Tidak berlari. Hanya memerhati. Merasai angin yg menampar ke wajah irene. Menghayati deruan hujan yg membasahi bumi. Jgn simpati andai irene kebasahan dan kesejukan. Irene sudah mengalaminya sekian lama. Mentari hadir hanya sementara. Irene tahu itu.

Friday, August 20, 2010

KABUS & SIRNA

salam...

lama x layan lagu ELLA...

td da tertido.. tp tetibe terjaga.. then terus terngiang2 lagu neh..
x ingat tajok, google kat net..

owh, kabus dan sirna..

Mengapakah ku rasa
Kedinginannya malam
Sedangkan tubuhku
Dibaluti selimut

Mengapa ku tersa
Sukar pabila bernafas
Sedangku berada
Di pasir tak tersentuh laut

Apakah rahsia yang menirai diriku
Sehingga wajah di cermin terlihat
Bukannya diriku yang sejati
Sebaliknya hanya
Wajah penuh duka

Dalam merawat hiba
Pergi dan hilang sesuatu berharga
Yang belum pun menjadi milik
Peribadiku semalam

Dalam merawat luka
Kabus dan sirna warna dari permata
Yang belum meninggalkan kesan
Sebenar dalam hidupku



hmm... xtau laa nak olah cam ne... biarlah.. aku jek yang tau..
tahan jek pedih hati sendrik..

da sayang pada org yang salah..

Friday, August 13, 2010

CARELESS WHISPER - WHAM

penah dgr lagu neh kan...

I feel so unsure
As I take your hand, and lead you to the dance floor
As the music dies
Something in your eyes
Calls to mind a silver screen
And all its sad goodbyes

I'm never gonna dance again
Guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
I should have known better, than to cheat a friend
And waste a chance, that I'd been given
So I'm never gonna dance again
The way I danced with you - ooh…

Time can never mend
The careless whispers, of a good friend
To the heart and mind
Ignorance is kind
There's no comfort in the truth
Pain is the whole you find

And I'm never gonna dance again
Guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
I should have known better, than to cheat a friend (should have known better - yeah)
And waste a chance, that I'd been given
So I'm never gonna dance again
The way I danced with you, ooh…

Never without your love…

Tonight the music seems so loud
I wish that we could lose this crowd
Maybe, it's better in this way
We'd hurt each other, with the things we want to say

We could have been so good together
We could have lived, this dance forever
But now, who's gonna dance with me?
Please stay

And I'm never gonna dance again
Guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
I should have known better, than to cheat a friend
And waste a chance, that I'd been given
So I'm never gonna dance again
The way I danced with you - ooh…

(Now that you're gone…) now that you're gone
(Now that you're gone…) was what I did so wrong - so wrong?
That you had, to leave me alone


td on the way nak kua dari A&W, de plak lagu neh.. layan.. then, tetibe emosi jadik xmenentu.. sampai skang.. menitik2 air mata kua tanpe henti..

"I'm never gonna dance again
Guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
"
pedihhh.. da lama da ase mcm neh.. x de rhytmhm.. mmg aku ilang rentak ketika melangkah... segala nya jadi x menentu.. teraborr..

"Time can never mend
The careless whispers, of a good friend
To the heart and mind
Ignorance is kind
There's no comfort in the truth
Pain is the whole you find
"
org kate ignorance is bliss.. tp nape aku ase x... semakin aku cube nak ignore, semakin aku hanyut...n mmg kebenaran yang aku mohon itu sakit sangat..

"Maybe, it's better in this way
We'd hurt each other, with the things we want to say
"
kengkadang kata2 mmg menyakitkan.. even xde niat nak melukakan.. peneriamaan memasing.. tp susah nak tafsir kekate yang tertulis.. even berbeza dgn ape yang didengari atau diucapkan..

"We could have been so good together
We could have lived, this dance forever
But now, who's gonna dance with me
"
biarlah.. hanya masa dan keadaan yang akan menentukan.. lagipon salah aku.. yang terus mencari sesuatu yang memang xpasti..

salam...

Thursday, August 5, 2010

Pedih..

Salam..

Ari ni, mencurah curah air mata aku turun. Td pg kat skola, de beberapa guru bukan melayu bertanya ngan aku, nape aku begitu susut sekali. Sbnrnya, mmg da byk x dorang tanye, tp aku xpnah jwb..

Tp td, aku ase, bialah aku crite perkara yg sbnr. Aku crita punca nape aku jd mcm ni. Kerana DIA. Aku susut kerana DIA. Kerana DIA yg sentiasa difikiran aku. Kerana DIA yang tidak boleh aku dampingi dan miliki. Kerana DIA yg aku pernah hilang dulu. Kerana DIA aku menangis siang mlm, samada tika aku berseorangan, atau ditengah lautan manusia.

Aku xpernah aku menyangka aku akan dpt temui dia smule, wpun kini dia adalah individu laen. Tp dia tetap sama pd pandangan mata aku. Aku dpt lihat dia bahagia dgn kehidupan nya kini. Tp aku xmampu utk pergi jauhkan diri aku dr dia. Aku ingin terus mendampingi dia. Walau dr jauh. Aku salah kerana masih mengekori n mengejar dia. 2 mggu lepas, dia ada menyatakan sesuatu yg selama ini aku tidak mahu. Dan, aku tak nafikan, aku sgt terluka. Aku mcm xpercaya apa jua alasan n sebab yg dia nyatakan. Bg aku, itu mimpi ngeri yg aku ingin lari..

Tp ini realiti. Bkn mimpi. Aku xtidur. Dan sejak itu, aku menangis lg. Sampai sekarang. Luka itu besar. Lg besar dr dulu. Kekuatan aku hilang. Xtahu di mana aku nk berpaut.

Kerana aku sayang dia.. Dan aku xmampu utk kehilangan dia.. Utk kedua kali..

Thursday, July 22, 2010

LATE..

Salam..

Late..

Very sacret word..

I stayed up LATE at nite.. And makes me LATE to work..

I am LATE to work today so i take LATTE in the staff room..

Eh, xde kene mengene..

Ahehe.. Arrived LATE at school, and the principal is there at the GATE waiting to see those who arrive LATE..

Ahehehe.. KANTOI!!!

Saturday, July 17, 2010

POKOK

salam...

de menmacam pokok kat muka bumi Allah neh..

de yang tinggi, de yang rendang.. de yang kukuh berdiri, de yang lembut, mudah patah, senang jek nak layu...

de yang batangnyer besar, de yang dahannya rapuh, de daun yang besar, de yang tidak berdaun..

bergantung pada muka bumi, cuaca, dan persekitaran..

irene x bape ske pokok. irene mcm takot ngan pokok. sme org tau.. mmg sejak kecik..

kene plak kalo pokok, or tumbuhan tu melingkar, menjalar, or rupe pokok or daunnyer cam pelik sket, leh wat irene menjerit n hampir pitam.

tp, bukak pokok tu yang irene nak cite... irene nak citer ttg sebatang pokok yang berdiri tegap, tiggi, merendangkan dan meneduhkan.

apa yang irene wat kat pokok tu?

irene ada terjumpe pokok tu. tinggi. tegap. besar. dahannya pon besar. daunnya lebar. kalo ditiup angin, nampak mcm x bergoyang.. sangat redup kalo berlindung di bawahnya.. ase selamat..

irene pandang pokok tu.. eh eh.. mcm penah tgk jek.. n terus ase cam nak lepak jek.. so ape yang irene wat, irene hampiri pokok tu. pegang. tepok.. hehehe.. kukuh. pandang dahannya... kukuh.. kalo irene panjat.. ase selamat. ok. i can be under this tree. can park my car here.. mesti x panas..

so, pokok tu jadik fav irene. bile de masa, irene akan pergi kat pokok tu. berehat. ske sangat dok bawah pokok tu. ase selamat.

pada waktu panas, pokok tu sangat meneduhkan. berdaun lebar dan lebat. xde kene matahari. so, irene akan duduk mencoretkan idea. pokok tu banyak beri ilham. kengkadang kalo terlalu letih, irene tertdo bawah pokok tu. nyaman. angin yang lalu, terasa sejuk. ah.. lene..

tapi pernah sewaktu hujan, pokok tu x mampu melindungi irene. terkene juga air hujan. basah akibat tempias. iskk.. xpe, itu kekurangan nya. daunnya x mampu melindungi irene..

tp pada ketika laen, pokok itu sangat menyenangkan..

satu ari, irene panjat pokok tu. sebab irene nih gayat, irene x mampu panjat tinggi. ah, sket pon leh laa.. try skill. berjaya. tersenyum puas. duduk sahaja di atas tu, pandang keadaan keliling. lihat manusia lalu lalang. cuba dengar perbualan mereke. bising. ah, lantak laa.. tp, ade org yang perasan irene berada di atas pokok tu. ramai yang panggil irene suruh turun. irene kate, xpe, i am fine. irene nak berada di sini wat sementara waktu. nnt, may be kalo irene penat or perlu pulang, irene akan turun juga.

ade yang marah. kate nnt jatuh, sakit. leh tergelincir n jatuh. irene kate lagi, xpe. kengkadang, pengalaman tu kalo sakit akan mengajar kite. jgn takot nak mencuba. dan akhirnya apa yang mereka lakukan, berlalu pergi. tp masih lagi ade seorang dua yang setia memerhati. bukan pe, sahabat irene nih, takot kalo irene jatuh, jadi, mereka masih memerhati di situ. dari jauh..

irene terus leke ngan pokok tu. irene cuba memanjat lagi. naik tinggi sket. irene cuba capai dahan yang laen. ada satu ketika, dahan yang irene cuba capai tu agak rapuh.. patah, dan irene terjatuh. nasib baik lom tinggi lagi irene panjat. menangis gak laa jatuh tu.. then irene perhati dari bawah.. eh, da agak tinggi rupa nya irene panjat td. hmm.. jadi apa yang irene lakukan.. irene perhati jek.. memerhati di mana irene bermula.. n memerhati di mana irene da berjaya pergi..

sahabat yang memerhati td datang. R U OK? irene just senyum.. seka airmata, tp senyum. irene ok. adat laa.. tp i am fine. seriously.

selang beberapa ketika, irene ase bersedia, irene panjat lagi. dengan sedaya upaya. n berjaya. irene berjaya berada di dahan yang irene memula panjat td. n irene berhenti di situ. lama.. sambil tu, irene cuba perhati dahan yang ada kat pokok tu. mane yang agak kukuh utk irene melangkah.. mane yang agak rapuh.. irene berfikir, di mana irene leh paut, di mana irene leh letakkan kaki. n irene ade mencube beberapa langkah, tp xbrani nak teruskan.. akhirnya, irene memilih utk terus berada di mana irene berdiri skang..

dari tpt irene berdiri tu, irene berpaut pada satu dahan. xde kukuh mane, tp masih boleh menampung dan menahan irene dari jatuh. irene paut sekuat ati, lagipon irene neh gayat. ase nk pitam kalo pandang ke bawah. jadi, irene pandang sajek ke hadapan, n ke atas. irene nampak daun pokok tu besar.. nampak urat2nya. kerana daun yang besar tu, irene terlindung dari matahari. tersenyum. bagus gak. irene cuba capai daun tu. hehehe.. kasar uratnya, n sejuk.. tp irene ske.. irene xpernah ske ngan daun. irene takot ngan daun. tp, kali ni, irene ase selamat dangan adanya daun tu melindungi irene dari matahari.

di bawah pokok tu, ade gak dedaun yang kering berguguran. ade juga bunga2 yang telah lagu.. ade rumput meliar.. irene pandang semua tu. kalo irene terjatuh, di mana yer? di atas daun kering? di atas bunga layu, atau di atas rumput meliar?? ah.. xnak pk! buat masa sekarang, irene maseh ase selamat berpijak di dahan tu..

irene perhati lagi.. di celah daun, ade bunge.. ada buah.. oh.. ade sesuatu di sebalik pokok nih.. tp, nape td x nampak ek? terlindung agaknya..ehhh.. kalo da namenyer pokok, mestilah ada bunga dan buah.. tersenyum sendri... ok.. dah irene pilih pokok ini utk dipanjat, jadi irene kene berhati2 agar bunga dan buah itu tidak gugur.. irene xnak ade dahan yang patah, ade daun yang gugur, dan ade bunga dan buah yang terpisah dari tangkai..

dan sampai ketika ini, irene masih berdiri di dahan tu. memerhati keliling. memikir apa langkah yang akan irene ambil selepas ini. memanjat lagi, berpindah ke dahan laen, atau turun. irene xtau.. tp tempat yang irene berdiri sekarang, sangat selesa.. tp ianya sebatang dahan pokok.. belom tentu dapat menampung diri irene utk terus berdiri di atasnya.. mungkin dahan itu akhirnya akan terkulai dan patah.. ntah laa... yang pasti, irene masih tidak mahu berganjak dari situ.. irene sangat selesa memerhati segalanya dari situ. even ade yang da perasan irene berada di atas pokok itu, tapi mereka tidak perlu tahu apa langkah irene seterusnya.. irene sekadar ingin berehat di dahan itu.. selama yang irene boleh..

pokok tu, pernah irene semai satu masa dulu. lama irene tinggalkan. dan bila irene muncul semula, kini pokok itu tegap. rendang. lebat daunnya. tersenyum irene. mmg tau, x patot irene menggoyang pokok itu, tp, pokok itu.. irene mmg xleh nak tgglkan.. selama irene pergi, pokok itu mmg sentiasa irene kenang.. macam mana sekarang.. berdaun lebatkah, berbunga kah, berbuah kah.. tapi bila irene melihat sendiri pokok itu, irene tersenyum puas. terlihat keindahannya.. mmg selama ini irene tidak teefikir utk memanjat pokok itu, kerana irene gayat, tp akhirnya, irene cuba juga.. kerana satu masa dulu, mmg irene kata, pokok itu akan hidup subur nnt.. dan irene akan dapat lihat keindahan alam dari atas pokok itu..

pokok.. hmm.. sampai bila dahan mu mampu menampung aku di atas itu..