Di kala semua cikgu tersenyum bangga melihat kejayaan yang diraih anak-anak didiknya...
aku turut tersenyum... bangga melihat adik-adik ataupun boleh dikatakan anak-anak ini mendapat apa yang telah diusahakan selama ini. Syabas, kepada yang berjaya! Pastinya jalan yang bakal dilalui lebih mencabar lagi...
Bagi yang kurang bernasib baik pula.. ingat, ini bukan titik penyudah. Perjalanan masih jauh..dan kita bukan hanya ada satu laluan sahaja. Yang penting kita tahu mengemudinya...
Di kala malam merangkak ke pagi... mataku tidak mahu untuk beradu..terbayang telatah anak-anak didikku..anak-anak di bawah seliaanku.. pelbagai telatah.. Cikgu tahu kalian semua masih muda..tetapi rasaya bukan masih terlalu kecil untuk menjadi seorang MANUSIA..
Tiba-tiba ada air bergenang di kelopak mata ini.. Kenapa? untuk apa? entah.. hati ini sudah tersentuh!
Hari pertama keputusan... alhamdulillah... ramai yang mendapat lebih baik daripada sebelum ini..hanya senyum dan ketawa.. sedikit penat melayan karenah kalian..Kita hari ini bukan lagi cikgu dan murid..tapi kita sudah jadi kawan, teman dan sahabat.. tiada lagi bebelan.. tetapi mungkin nasihat..(itu pun kiranya kalian sudi).
Hari kedua...masih ada yang belum menuntut slip dan sijil.. nampak kelibat anak-anak..tanpa rasa sedikit pun rimas... aku melayan anak-anak ini... walaupun kalian tidaklah sehebat pelajar lain yang cemerlang...tetapi cikgu tahu, inilah tiket untuk perjalanan masa hadapan kalian...
Seorang cikgu yang juga insan biasa... melayan kalian, terlewat menghadiri sesi taklimat dan mesyuarat pun tidak peduli demi insan-insan ini..
Tetapi hanya inikah yang layak aku terima.. Sudahlah tiada salam pertemuan dipersembahkan.. ucapan terima kasih jauh sekali...
Bukan segunung intan..
Bukan segunung emas..
Bukan wang ringgit menjadi ukuran..tetapi nilai seorang INSAN yang didambakan oleh semua cikgu!
Siapa perlu dipersalahkan?
Ada yang sanggup menipu cikgu.. Sudahlah berhutang, cikgu yang tolong, tiada terima kasih, tiada apa-apa yang cikgu dapat..tapi kenapa mesti mengguriskan hati seorang cikgu? huh! 18 - 19 tahun masih terlalu mentahkah untuk berfikir?
Ada pula yang datang sekadar menemankan kawan... muka cikgu pun tidak sudi dipandang..
Apalah salah diri ini? Malu atau takut? Cikgu tak pernah melibas apa lagi menjentik selama kamu di bawah seliaanku.
Sebagai seorang sahabat, "....kamu sudah ambil keputusan?" walaupun aku tahu, pelajar ini masih belum berbuat apa-apa.. muka dipalingkan ke belakang..agaknya mahu dicabut kepala tampal kat balkoni tu.. entah apa yang dijawab...macamana nak dengar apa yang dijawab, kalau sudah muka pun dipalingkan ke belakang... bila aku beredar ke bilik guru untuk uruskan sijil-sijil temannya, boleh pula angkat kepala..
Huh, mungkin ini sahaja yang layak ku terima..
Ah, anak-anak ini... entah apa yang cikgu dapat...
hanya gurisan di hati ini sebagai warna-warni kehidupan...
Kepada semua.. hargailah apa yang anda ada..
Kiranya tiada keputusan cemerlang untuk dirai..sekurang-kurangnya kalian mempunyai AKHLAK yang cemerlang!
No comments:
Post a Comment